CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 15 Mac 2008

StOrY AkU kaT PSIS



Sebaik saje habis blaja kat SMKFB aku apply masuk universiti n politeknik. Setelah keputusan kuar aku akhirnya diterima masuk kat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor dalam jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan. Aku bleh termasuk dalam kos ni pun sebab dok main tekan2 je waktu isi borang online kat internet ri tu....nampak perkataan sains je terus tekan, padahal x tau apa2 pun tentang kos ni.

Inilah first time aku dok jauh ngan family aku....malam pertama aku kat sini hati aku dah x tahan dah dok teringat kat kampung. Maka gugurlah air mata kerinduanku....bila kenangkan balik waktu tu memang kelakar...teruk gak aku menangis malam tu sampai bawak ke tidur...he...he..lama jugakla baru bleh rasi ngan tempat ni...


Masuk kelas ari first sem 1, Puan Fatimah, PA aku de bagi penerangan ckit sebanyak pasal subjek2 yang akan kitorng blaja especially subjek Trengkas n Shorthand...Huh...2 subjek yang cukup mencabar....mula-mula dulu selalu de persoalan macam gini kat kepala aku, "betul ke aku pilih kos ni? Boleh ke aku bawak subjek ni?Tulisan apa yang aku blaja ni? mcm cacing je bentuknye... lawa lagi tulisan jawi...." tapi nasib baik la aku x cepat give up...Lecturer2 especially PA aku sentiasa bagi kata2 perangsang kat kitorang. "awak pun boleh buat.... kakak senior pun boleh lepas, mesti awak pun boleh punye..." bak kata peribahasa melayu 'alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pgkl lengan. Genggam bara api biar sampai jadi abu'....


Kat poly ni macam2 perangai member yang aku jumpa, baik yang rapat mahupun yang jauh ngan aku. Suka duka sama2 dikongsi...waktu sem 1 dulu aku teringat waktu aku ngan member aku dikenakan Hana, Miza, Nabila, Farah, n Mazlin. Aku ngan member aku dok kat tingkat 4 n diorang pulak kat tingkat 3 jer. Hari pun dah lwt malam tu, tapi budak kelas aku kebanyakannya x tido gi sebab nak siapkan asgmt shorthand/trengkas. Pkl 11.45 aku dapat mesej dari Hana mintak kitorang turun bawah segera, URGENT!!! so bile dah dapat msj mcm tu aku ngan membe yang tengah bz buat gurisan ni pun bergegas la turun.berlari-lari......lagi tu...


Sampai-sampai je kat bilik diorang aku ketuk pintu n terus je msk..x payah dipelawa lagi dah....he...he..kat tepi katil aku tengok deme dok keliling Mazlin.yang si Mazlin ni pulak dok menangis teresak-esak macam orang tak tentu arah. Aku pulak dah cuak tengok benda2 macam ni...Then, tibe-tibe............................................. ..........................serentak diorang sume termasuk Mazlin kata "Surprise!!!" Mengucap panjang aku dibuatnya,Aduish...sabau je la budak-budak ni...kenakan kitorang. Rupa-rupanya deme pgl kitorang sebab diorang rase nak release tension so de idea pulak nak wat sesi menacap muka orang n termasuk sekali sesi berposing depan lensa kemera...abis aktiviti sendiri kitorang sambung balik wat keje.....


Blaja kat politeknik ni memang de baiknya coz jauh dari hiruk pikuk bandar yang tercemar dengan udara kotor, pencemaran bunyi dan sebagainya. Suasana yang tenang memudahkan untuk aku mengulangkaji pelajaran. Cuma kesulitannya bila tang nak dapatkan kenderaan awam untuk kuar, x kisahla nak beli barang atau pun bile nak balik kampung. Entah bile la bas nak masuk poli ni ha....angkut kitorang ke sabak bernam or sungai besar....... boleh save budget kitorang yang tak berapa nak ada budget ni....

Masuk sem dua aku dah tak nangis dah..he..he..dah jadi kakak malu la nak nangis....sem ni de satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Mase tue time birthday aku 1/3/2006. Member bilik aku sorang pun x ucap selamat kat aku. sume wat tak tau jer......aku pun x kisah sangat la waktu tu mungkin diorang terlupa kot....ari tue diorang sume macam x nak layan n jauhkan diri dari aku... ..masa ni aku dah terasa hati sangat ngan diorang. aku dok tertanya2 dalam ati apa salah aku???? Petang tu aku dah tension sangat member sorang ni ajak pi teman dia pi public phone sebab katanya nak call mak dia. yang dua lagi member kata nak pi cafe beli makanan..aku dah mula pelik selalu kitorng akan pi 4 orang sekali kalau nak beli makanan.tapi ari ni x....tapi takpelah aku pun malas dah nak pk sangat....

Malam tue aku pelik sangat sume orang macam kelam kabut, cbuk dok uruskan something tapi aku x tau plak pe bendanya yang diorang cbukkan...aku dok khusyuk dok wat keje aku jer time tu...n tetibe dok wat keje ni member aku si Kechik ajak aku pi mane ntah aku pun lupa.....tapi bile balik bilik aku tengok bilik aku gelap, bilik yang lain cerah pulak....ha..ha 'something smell fishy' aku dah boleh agak dah....he...he..mulanya aku malas nak masuk sebab takut diorang nak kenakan aku kot2 la nak simbah air ke baling tepung ke....tapi si kechik dok tolak aku suruh aku masuk gak. aku pun nak tak nak masukla jugak...Fuh...lega diorang sambut aku dengan kek birthday jer kat depan pintu.....malam tu aku apy sangat sebab aku sambut birthday ngan member2 sume...terharu sangat waktu tu.....baru la aku tau apa yang diorang wat kat aku ari tu sume trick nak kenakan aku jer.....mati2 aku ingat diorang lupa tau...Terima kasih sume aku hargai apa yang korang wat untuk sambut birtday aku ni....

Masuk Sem 3, aku dah praktikal kat Gombak...Syarikat Perisai Salam Sdn. Bhd. ni la die company yang menerima aku untuk menjalani praktikal selama 6 bulan...banyak jugakla yang aku dapat kat cni, pengalaman, pengetahuan dan nasihat yang amat berguna untuk aku.. Selama aku praktikal ni aku duk kat umah abang aku kat Kompleks rumah kakitangan kerajaan, Jalan Duta. Dok kat umah dia ni macam2 aku dapat, dapat makan best2, dapat ilmu blaja memasak n uruskan rumah n anak sedara. Aku teringat satu ari tue...kakak ipar aku waktu tu de kat kampung. so, yang tinggal kat umah tu just aku n adik ipar abang aku..so nak tak nak aku kenala masak selama akak aku xde...aku bukannya x reti masak cuma aku just tau masak makanan yang aku suka je macam tumis sayur n masak sambal...tapi ari tu abang aku mintak aku masak kari ayam...manela aku tau nak cekau resepinya....then tetiba aku tpk nak tanya mak aku, dia bagi taula step by step..aku pun ikutla.....huh..first time aku masak kari..dah siap aku terus hidang kat abg aku....peh..tak sangka n semacam tak percaya pulak aku bile dengo komen dia bagi kat masakan aku tu...x sudah2 dia puji masakan aku tu. seronok n happy x terkata bile tengok mangkuk kari ayam tu licin dia habiskan....bangganya...

Masuk sem 4 ni aku happy bila dapat duk satu bilik2 ngan member2 yang ok...kira ngam jugak ar ngan aku...pegi mana-mana mesti berlima...aku, diah, eila, fas n peah...aku harapkan perhubungan yang baik n berkekalan antara kami sume.....kerana di dalam manis ada pahitnya, dan di dalam pahit ada manisnya. Hati dan perasaan jangan diturutkan kerana nanti akan membinasakan......

0 ulasan: